Wednesday, December 16, 2009

kecewa

aku mmg sgt kecewa. kecewa sangat-sangat tapi nak buat camna..dah ditakdirkan keputusan macam tu. walaupun sedih aku ttp redha. mungkin ada hikmah disebaliknya. dan keputusan ini juga telah mengajar diriku agar lebih berhati-hati, lebihkan usaha dan menghargai peluang yg ada. aku leka..aku cuai...dan akhirnya aku hampir kecundang..keputusan yg meruntun jiwa dan sanubariku..ingin aku menjerit..arghhhhhhh!!!!!pedihnya..tp itulah hakikatnya...sehingga kini jiwa ku menangis,meraung dan berharap ada keajaiban berlaku tapi....keputusan adalah muktamad, tidak mampu utk diubah.

aku memujuk diriku agar terima keputusan ini dgn redha. aku mmg sgt2 kecewa, sgt2 frust, dan sgt2 dukacita. peluang yg ada tlh aku sia-siakan dan sekarang peluang itu tlh berlalu dan tidak mungkin akan kembali lagi. tp aku masih berharap agar kedukaan dan kekecewaan ku ini berakhir dgn satu kegembiraan yg entah bila akan muncul. mungkin kah esok?lusa?tahun depan? pertghan tahun? akhir tahun? 2 tahun ?..aku hanya mampu menunggu.......

aku bersyukur dgn keputusan itu walaupun aku kecewa dan sedih.....

Tuesday, December 1, 2009

korban


Aku bertolak balik hari khamis (26/11/09) jam 3.30pm. actually we plan untuk balik kampung hari Rabu, dlm kul 12.00am atau 1.00am. tp hubby ada meeting sampai ke Khamis. So plan kitaorg pun terpaksa ditunda la.

Mula masuk karak highway tu ok lagi, tak da la jem sangat. Lancar jer perjalanan hinggalah ke bentong. Kami stuck di bentong lebih kurang 3 jam, terhenjut-henjut, nasib baik bawak kete auto…dan utk sekian kalinya aku tak tidur dlm kete semasa balik kampung!!!!hehehhe..kalau sebelum ini, masuk jer tol karak tu..terus zzzzzzzzz..hahahhaha..perjalanan yg mmg mengambil masa yg lama lebih kurang 12jam..aku sampai kat umah kat kg jam 3.00am.huhuhuhu…letih ooo…walau tak drive.

Tapi aku bersyukur krn kami selamat sampai dan selamat kembali. Sebab tak nak terjebak dlm jammed lagi, kami bertolak balik jam 4.30am semalam dan alhamdulillah perjalanan kami selamat.

Aku juga bersyukur krn. selamat menunaikan hajat utk berkorban satu bahagian tahun ni.



ini gambar lembu yg menjadi korban hari tu..disembelih dpn umah aku kat kampung. jln kecik tutup sebab sembelih kat depan. sepanjang jln kecik tu, kalau tak silap ada 5 ekor lembu dikorbankan. tu sebab jln kecik diorang tutup sekejap.
yg. ni lembu ke-2..yg selamat dikorbankan.



melapah lembu yg tlh disembelih.




yg ni plak, sebahagian daging diptong2 utk dibahagikan. ada separuh drinya diambil utk dimasak time tu jugak. antara menu daging goreng, singgang tulang dan nasi putih ( aku tukang potong bawang dan halia jah). lembu yg sekor lagi diorang potong sebelah.
Ada sedikit daging aku bawak balik Kl nak jamu rakan2 opis kat sini..mmmmm...apa nak masak erk??? belasah jer ler...

Wednesday, November 25, 2009

Hari Raya AidilAdha

InsyaAllah malam ni akan bertolak pulang ke Kelate utk menyambut hari raya aidil adha. belum berkemas lagi. insyaAllah tahun ni aku korban 1 bahagian jer.ingat nak buat kenduri arwah tapi mak aku dah tak larat nak memasak dah.

adik2 semua dah balik dah. diorang bertolak pagi isnin. harap2 tak lah banjir lagi kat sana. kat umah x da la naik air, cuma otw nak balik ke KB, terutama jalan Kuala Krai. kat situ biasanya air naik dan jln dr KL ke KB akan ditutup.

kali ni aku nak tunggu hingga selesai sesi sembelih lembu..huhuhu...

Friday, November 20, 2009

PATI...




Aku tak pernah tersempak setakat ni. tp kalau setakat kelibat zasssss tu pernah la sekali dua. Tp kalau boleh aku tak nak ler terserempak ngan PATI ni..takut ooooo.

Bercerita ttg PATI ni atau dengan erti kata lain hantu dlm bahasa melayu, Ghost dlm inggeris dan bahasa lain aku x tau ler. Kewujudan mereka mmg tak leh disangkal lagi. Mereka ada di mana2. ada yg islam dan ada yg kafir.

Anak jiran sebelah umah aku ni mmg ada sixth sense yg mana dia boleh nampak makhluk2 halus disekeliling. Pernah anak2 ku ini mendengar suara2 budak kat umah aku tu. tp mereka buat derk jer ler. Yg biasa dengar anak ku yg perempuan (Amiera). Ada la beberapa kejadian yg diceritakan oleh amiera.

Amiera ni tidur sebilik dgn anaku yg ketiga (Alia). Malam tu amirul (anak ku yg sulung) tak leh nak tidur, jd dia mengajak ler amiera dan alia tidur dlm bilik dia (bilik depan). Amiera x nak sebab kena tidur atas toto kat bawah. Amirul pun menangis ler ( x leh meraung, just meleleh air mata jer).last2 alia yg terpaksa temankan Amirul.

Masa dlm bilik nak tidur, amiera ada lah dengar suara budak menangis. Dia ingatkan Amirul, tp x kan lah Amirul sebab Alia dah temankan. Lepas tu dia dengar plak suara budak ketawa. Apa lagi..tarik selimut la dia. nak tidur dlm bilik abg dia x kuasa nak tidur atas toto. Esok pagi baru dia citer kat aku..aku biasala..jawab yg tu perasaan dia jer. Tp dia bersungguh2 citer.

Betul ma..adik ada dengar…(dengan muka berkerut-kerut)

Ala..perasaan adik jer tu..

Tapi mmg tiap kali dia yg sering mendengar benda2 macam tu. sebelum tu dia pernah dengar org ketuk pintu bilik dia. aku cakap tu mungkin cicak yg besar. Cicak tu dia libas ekor dia kat pintu bilik jer…dia diam jer.

Dia juga bagitau yg dia pernah dengar grill kat luar bergegar..macam org goncang dengan kuat. Masa tu dlm kul 1.00am. Aku cakap yg tu budak2 kat sebelah selalu balik lmbt, bukak grill kuat.

...bersambung...


nnt la aku sambung next time..ada keje ckit

Monday, October 26, 2009

Perihatin

Baru-baru ni baca dlm paper yg sorang anak kecil meninggal dunia akibat didera secara fizikal dan seksual oleh boyfriend emaknya. Sedih bila baca berita tu. tak sanggup nak habiskan cerita seterusnya. Tengok pada gambar tu, aku dah boleh imagine camna dia meraung kesakitan apabila didera secara seksual. Kes yg hampir sama ngan adik Nurin, dibunuh dengan kejam oleh pembunuh yg sampai sekarang masih berkeliaran.

Emaknya pula boleh mengatakan yg itu tindakan org gajinya, padahal boyfren gelap dia yg buat(mmg gelap pun).

Semalam hubby citer semasa dia gi jumpa kawan dia kat satu apartment kat Kepong. masa tu dia dlam lift, sebenarnya nak turun tp dah salah masuk – lift naik, jadi lift pun bergerak naik sampai ke ting.14, masuk le sorang lelaki dan sorang budak dlm, lingkungan 3-4 thn. Dlm lift tu hubby dan kawan pun tnya la kat lelaki tu.

Berapa tahun

Lelaki td senyap jer..

Depa berdua heran…terkedu

Berapa tahun, comelnya…

Lelaki tdi terus bagitau

Eh…bukan anak saya

Laaaaaa…terkejut hubby dan kawannya. Habis kalau bukan anak lelaki td, anak sapa lak.?

Sampai je kat Ground Floor, budak td terus jer keluar, tak tahu la nak gi mana. Hubby dan kawan pun terus tarik budak tu, bawa naik lift balik utk ke ting. 14 sebab budak td masuk dr ting. 14.

Sampai ke ting. 14, nampak la satu kelompok wanita-manita tgh bercakap2. hubby pun tanya

Anak sapa ni?

Tiba2 sorang pompuan meluru

Eh..anak saya..

Naper la tak jaga anak ni? tau ke dia nak kemana tadi?

Bla..bla..bla …entah apa lagi yg dia explain kat hubby..

Kalau la budak td meluru terus ke jalan besar camna agaknya? Walaupun budak tu dah tahu atau biasa ngan keadaan sekitarnya, tak patut la mak dia biarkan dia jln sorang2 camtu. Kalau la jadi apa2 kat budak tu , baru la nak meraung, merintih hiba. Banyak sangat kes kehilangan kanak2 yg kita baca kat paper, itu yg di paparkan, yg tidak dipaparkan?

Tuesday, October 20, 2009

Lupa..

Hahahahahaha…huhuhuhuhu….uwaaaa….aku lupa anniversary ku pada 14hb Oct baru2 ni. macam mana boleh lupa??? Aku pun tak tahu camna boleh lupa??/ oh tidak!!!!!!!

Yg. paling tragisnya, hubby pun lupa. Aku pada mulanya rasa bersalah sebab lupa tapi sebab dia pun lupa..ok la. tapi aku masih heran..camna aku boleh lupa????? kena buat post mortem ni

Sudah 15 tahun kami mendirikan rumahtangga, segala halangan dan rintangan ditempuhi. dan alhamdulillah dikurniakan 3 org cahaya mata, 1 putera dan 2 puteri. Kesemuanya dah besar panjang.


Sebelum kami kahwin kami bertunang lebih kurang 2 tahun, sebab hubby nak sambung belajar. Aku duk kat sini. Tp dlm dok bertunang tu sempat jugak la pasang spare tyre buat lepas boring (jahatnya aku…) aku berani ler, sebab masa tu tunang tak da kat sini tapi semuanya atas dasar kawan. Tp dlm duk berkawan tu , ada la sorg mamat ni, telah tangkap cintan sama aku walaupun dia tahu aku dah bertunang. dan yg paling syoknya dia pun dah bertunang.!!!! kes haru ni…

tp aku tak nafikan, pada ketika itu naluri dan perasaanku sebagai seorg gadis manis (cewaaah) sedikit sebanyak tergugat. Namun aku akur dan sedar bahawa berdosanya aku menduakan cinta tunangku yg begitu setia di sana yg kini menjadi suamiku utk selama2nya..insyaAllah.

Hubbyku mmg seorg yg simple orgnya..sesangat simple dan sempoi.. dia seorg yg bertanggungjawab dan seorg bapa yg penyayang..tabah dan sabar dgn karenah ku yg. kuat berleter,marah-marah. Dia menurut apa saja kataku. Namun apa yg aku buat utk kebaikan kami semua. Dan alhamdulillah sampai sekarang kami bahagia wlaupun dlm tempoh hidup bersama ni ada la gaduh2 manja,…tapi tak da la sampai pinggan mangkuk terbang melayang… dan insyaAllah, ku mohon agar jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Aku pun sekarang ni dah kurang la ckit berleter2..hehehehehehe..maklum ler usia pun dah semakin meningkat..fikiran pun kena la sekali meningkat matang.












gambar anakku yg ketiga-masa ni umur 6 tahun last year,activity pertandingan menari utk Pra-sekolah di selayang mall, selayang.
mulut camtu sebab takut lipstik kat bibir tu habis...


Utk. hubby...i love u so much...terima kasih untuk cinta dan kasih sayangmu selama ini....

Thursday, October 1, 2009

Diri sendiri...

Masih dlm di awang-awangan...

kepala masih bengang..

hidung masih tersumbat..

suara masih sengau....

badan sakit-sakit...

huhuhuhu....

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

kalau tak ada aral melintang, malam ni aku balik kampung ler..ingatkan nak balik lepas berbuka, tapi kesian lak kat adik aku yg takut duk umah sorang2. al-maklum ler rumah aku tu ada PATI yg pakai baju putih dan muka yg sangat la.... mmmmmmm....rasanya pernah citer..ke takpernah????nnt la lepas raya aku citer pasal PATI baju putih kat umah aku tu...huhuhuhu..

hubby dah cuti dah hari ni sampaila minggu depan. plan nak balik pagi esok..tpi sebab dia dah cuti dan sekarng aku percaya dia tgh melentok atas katil....kekekeke...

suasana raya dah semakin terasa sekarang ni..tinggal beberapa hari jer lagi nak raya..aku akan balik raya kat kelantan macam tahun2 lepas jugak...yer ler dah 2-2 orag kelantan kan?harus lah balik kelantan..kekekekke..

anak2 pun dah tak sabar nak balik kampung. tambah2 yg kecik tak sabar2 nak tunjuk baju raya kat nenek dia.

"mama..tentu ma tok kata baju alia ni cantik kan?

" iyo la tu..."

aku sengih jer ler...dlm hati..agak2nya aku kecik2 dulu pun camni jugak kot?!!!=))

tahun ni aku awal2 lagi dah belikan utk mereka semua. cuma baju kurung utk kakak dan adik jer aku baru beli last 2 wk sebab tak da yg berkenan sebelum ni. Hubby pun ada belikan anak2 t-shirt ngan blouse masa gi o/station hari tu. aku pun dpat jugak...dapat apa?? baju sejuk..huhuhu bila masa la aku nak pakai baju tu...

semoga perjalanan kami balik kampung, selamat...insyaAllah

Monday, September 14, 2009

Berhari raya

tak lama lagi akan menyambut hari raya//lebih kurang 5 hari lagi, umat islam akan menyambut hari raya aidil fitri. aku balik kampung hari jumaat dlm kul 3 @ 4 am-tp biasanya kalau rasa camtu akan terlajak sampai ke pagi ler baru bertolak (mmg macm tu pun-kekekeke)

aku harap tak da lah jem sangat hari tu. tak sanggup weiii menghadapi jem yg teruk sekali. dah kena last 2 years..bertolak kul 1.00am sampai kul 12.00pm keesokkan hari. kalau hari biasa kul 8.00am sepatutnya sampai..huhuhu..letih ooo.

harap-harap tahun ni x terjadi lagi. tp kali ni aku nak spare camera nak tangkap gambar, mana la tau kot2 tahun ni aku terjerumus dlm kesesakan lagi...sapa tau..hanya Allah saja yg mengetahui...tp kalau terjerumus juga...redha jer ler...huhuhuhu..

kalau tak sempat nak update blog ni dlm minggu ni..aku ucapkan selamat hari raya aidil fitri...

Wednesday, September 9, 2009

Gembira dan Sedih

N3 aku kali ni pun bersangkut paut ngan kancil kuning ku…huhuhuhu...sedih oooo..

Gembira sebab aku dah dapat duit hasil jualan kancilku yang berusia 13 tahun dapatlah beli gelang baru..

Sedih sebab aku sayanggggg sangat sama kancilku. tapi perasaan ku lebih kepada kesedihan.

Kalau orang maknanya suka,duka, tawa dan ria semuanya aku kongsi bersama. Kalau time jalan jem ke, aku akan bercakap2 ngan kancilku..huhuuhu sekarang kancilku dah tak ada..


kancil.. hari ni jem ler…ko jgn buat perangai tau..jgn mati kat tengah2 jalan ni..kalau tak haru kita”

“kancil…hari ni jalan clear la, aku nak pandu laju ckit, ko tahan yer”

“kancil…hari ni aku terpaksa bawak ko gi Shah Alam, wira R…nak bwak jumpa customer, ko jgn marah aaa. tak pa sabtu dan ahad ko duduk diam2 bawah garaj tu. nnt aku mandikan ko

“kancil…bla..bla..bla..

“kancil…bla..bla..bla..

Mulai hari ni, kancil kuning ku tak ada..dah ada orang beli. Semalam kawan hubby datang bawak duit jer.menangis la jugak mata ni...kancil dah ambik pagi semalam. Maknanya aku tak sempat nak tengok utk. kali terakhir kancil ku. Nasib baik la malam semalam aku sempat lagi bawak kancilku round dlm taman, sebab dah lama tak bawak dia jalan2. itulah kali terakhir aku bawak kancil kuning ku.

Bagiku kancilku itu cukup bermakna. Aku bersama dia semenjak mengandung anak ke-3, sekarang anaku dah berumur 7 tahun maknanya aku pelihra kancilku selama lebih kurang 8 tahun. Kancil tu aku beli dari kawan ku.

Aku rasa itulah satu2 hasil titik peluh ku dan kini ianya hanya tinggal kenangan. Aku tak mo ambik gambar kancil ku sebab aku nak ianya padam terus dari ingatan ku dan kini penggantinya lebih besar dan padat.

Kancilku yang dah banyak berjasa padaku.

Selamat tinggal kancil…

Pstttt..kancil yg aku maksudkan kete aku la…

Monday, September 7, 2009

Sedih dan Kecewa

Entahla, hari minggu baru2 ni aku rasa sedih sangat dan terkilan. aku ada post ttg kereta baru. akhirnya hubby bertekad nak beli kete baru.ok aku ikut jer ler.tapi bukan la kete besar. dia suruh aku bawak kete tu gi keje,aku pada mulanya x nak bawak sebab aku sgt sayangkan kancil kuning ku..tp sebab dah bawk kete baru ni rasa best la plak(wakakakka..lupa daratan betul), akhirnya aku bawa kete baru gi keje.

sekarang kat umah ada 4 biji kereta termasuk kete adik aku. mana muat nak masuk semua dlm rumah, jd. terpaksala salah satu kete kena parking kat luar. kadang2 kancil dan kadang wira. kalau aku nak kete baru ni, terpaksa la kena alih2 kan kete yg parking kat luar tu dulu, kuar kete dan masuk balik kete tu kat dlm umah. tak ke leceh tu..last hubby kata kita jual jer ler kancil tu lagipun kancil tu dah lama. aku pada mulanya x setuju, tp bila memikirkan masalah alih mengalih ni aku setuju. nak dijadikan citer, kawan hubby (seorang mekanik) kata ada buyer. buyer tengok dan setuju nak beli..byr deposit rm500.

tp weekend baru2 ni. kawan hubby kata tak jadi beli plak sebab kancilku itu 4 gear saja. aku rasa cam terkilan dan sedih rasanya. ntahlah..

aku pun x paham apa perasaan nak digambarkan, sedih, terharu, kecewa, dan macam2 lagi.

bukan nya apa sebab aku dah plan nak guna duit tu nak beli gelang baru...kekekekekekekeke...

Wednesday, August 26, 2009

Puasa

Ramadahan datang lagi. Lepas tu Syawal. Rasa cam sekejap je masa berlalu. Dlm bulan puasa ni waktu keje kami berubah ..8.00am – 4.30pm.

Sehingga ke hari ni aku sempat lagi la masak utk berbuka, tp hanya setakat 2 lauk jer ler. Tu pun kelam kabut dibuatnya. Setakat ni masa balik pun alhamdulillah x da la jem sangat, tp biasala kete banyak dan jln pun cam kura2. aku sampai umah jam 5.30pm, ok la..balik terus masak.

Macam biasa kalau time bulan posa jer, mesti semangat berkobar-kobar nak turunkan berat badan, al-maklum ler aku ni jenis suka makan, tapi last week aku demam, makan cam biasa juga tapi bila timbang..terkejut juga aku turun 2kg..(hehehhe..tak payah la citer berapa beratnya..malu weh). Semangat nak turun kan berat badan, tapi time berbuka jer nafsu makan..mak oiiii tak leh nak tahan. Mula tu nasi letak ckit jer ler, ke dua tambah ckit jer (seciput) tapi ke 3 tambah seciput lagi, aku pun tak tahu berapa kali aku ambik nasi seciput letak dlm pinggan aku. Bila kenyang baru rasa, eeee banyaknya makan…hampeh tul…camna nak kurus. Konon2 nak turunkan 5kg dlm masa sebulan ni..ermmmm…nampaknya tinggal semangat ker ler…yg lebih semangatnya badan aku ni…

Sempena bulan ramadhan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga amalan kita seharian diterima oleh Nya….

Thursday, August 6, 2009

DEMAM

Dah seminggu badan rasa sengal-sengal dan ngilu. kepala dah rasa berat rasa cam nak demam jer tp badan tak la panas sangat.

Arrrgggggghhhh.....topic presentation belum siap lagi.....nak present this coming sunday....apa mau present?????????

Tuesday, July 28, 2009

Kereta Baru

Sebenarnya beberapa bulan yg lepas ada la perselisihan paham aku ngan hubby –ala biasala gaduh2 manja gitew…ahak..ahak..ada sekali aku cakap nak kete baru –saja jer, bukan nak pun. Setakat kancil aku tu boleh berlari lagi aku pakai la.tp sebab aku geram kat hubby hari tu aku cakap la macam tu.


Kereta idaman aku.i10..seminggu aku survey dlm internet pasal kete ni.apa feedback dari customer yg dah pakai kete ni dan macam2 lagi la..tp mmg aku berkenan betul kete ni. Siap gi kat showroom Jln. Ipoh,cuma x test drive jer, huhuhuhu. Tp disebabkan ramai yg advise jgn beli kete ni sebab spare part mahal dan bimbang kot2 nnt susah nak service, kalau rosak nnt lambat la dan macam2. tp sebenarnya mmg tak nak beli pun..saja jer aku ni gatal mulut…



aku minat betul kaler ni...





masa gi kat shoowroom hari tu, aku masuk la dalam kete i10 ni, fuhhh...mmg bergaya (bagi aku la)dan aku rasa kalau setakat nak gi keje boleh sesangat ler...tp apakan daya, aku tak terbuka hati nak buat hutang kete lagi...

Bagi aku la selagi kedua2 kete aku tu x da masalah, aku akan pakai sampai la disaat2 kete tu nazak. Ye ler nak buat apa beli kete baru, tambahkan hutang jer.sedangkan 2 kete aku dah habis bayar dah.

Tp disebabkan mulut aku tu la, hampir setiap hari sabtu, dia gi showroom kete…huhuhu

Wednesday, July 22, 2009

LELONG

Oleh sebab lama dah tak buat roti, jadi hubby decide nak jual semua barang-brang buat roti dia. bukan tak nak buat tapi sebab dah tak da masa nak membuatnya. Hari2 balik lambat, kadang2 weekend kena gi outstation tak sempat nak menguli roti. Jadi utk. tidak menyemakkan dapur ku, dia decide nak jual kesemuanya termasuk oven sekali.

STAND MIXER ( rupa lebih kurang camni la)



Capacity – boleh memuatkan 5-6kg tepung gandum.
Rege - RM 900

Selain tu ada juga, bread fermenting box, tray, oven utk dijual dengan separuh rege.

setakat ni tak da la aku war2 kan lagi kat internet,cuma masukkan kat blog dulu dan ym , then baru publish kat internet.

Monday, July 20, 2009

bengangnya aku..

Kali ni aku nak bercerita satu cerita yang berkisarkan sikap manusia ni. Aku namakan dia A. dia ni sebenarnya kawan hubby aku dan juga jiran kami. Tapi tak lah jiran sebelah menyebelah, tp selang beberapa biji rumah. A ni dulu bekerja dengan sebuah syarikat chemical tp dah berenti keje (adalah sebab2 tertentu), tp bukan nak citer pasal dia kena berenti keje tp pasal mulut dia yg mengalahkan orang pompuan. Sebelum ni ada jugalah dia minta tolong hubby aku dan kami pun tak kisah nak tolong sebab fikir jiran dan kawan.

Satu pagi tu (weekend) dia call hubby dan nak minta tolong jumper bateri kete dia- betul ke panggil jumper???-kalau bateri kete weak/lemah akan guna wayar caj dr bateri kete lain. Kebetulan pada pagi tu hubby tgh breakfast ngan anak2 aku. Makanan baru jer siap, A call minta tolong. Hubby cakap la yg dia tgh makan ngan anak2 dan ambik masa ckit nak sampai rumah, lagipun bateri kete kitaorang pun dah lama x tukar (dr tahun 2005 lagi-sekarang dah tukar dah). kalau nak juga tunggu la dia siap makan dulu. A cakap dia nak segera seba ada urusan. Hubby pun cakap lah, kalau nak sekarang tak boleh la sebab tgh makan ngan anak2. A cakap tak pa lah.
So kitaorang tak da fikir apa2 lepas tu. Satu hari jiran aku tanya (aku namakan kak M), ada tak si A ni minta tolong. Kak M ni mmg dah lama aku kenal. Sejak dari aku datang KL dan menyewa sebelah rumahnya.

Ada, dia call hubby, naper kak ?

Hari minggu hari tu, A datang pinjam wayar (utk connect kan bateri kete dia) ngan akak

Ooooo

A citer kat akak, katanya org. sebelah rumah (kami ler tu-tp dia tujukan kat hubby) harap belajar jer tinggi-tinggi tp nak minta tolong pun susah

Hah…ternganga la aku terkejut dengar kak M citer camtu. Tak sangka la aku…

Kak M pun citer ler apa yg si A ni citer. Bengang yang amat aku pada masa tu. meluat yang amat. Boleh dia cakap camtu. Tp bukan setakat kat kak M jer dia citer camtu, tp kat kedai kopi (istilah org kg aku panggil) yg selalu hubby lepak pun dia bawa mulut dan citer perkara ni. Katanya hubby aku ni jenis susah nak minta tolong, harapkan belajar tinggi jer…
Aku rasa kalau sapa2 kat situasi kami pun akan rasa bengang.

Bukan sekali ni jer dia minta tolong. Ada dulu tu, hubby baru sampai rumah-jam 3.00 pagi. Tiba2 A call minta tolong datang sebab kete dia rosak. Tanya dia kat mana, korang tau kat mana? Kat Subang nuh…hubby pun sebab fikir kawan dan kesian anak bini si A, pegilah hubby, walau pada masa tu baru nak lelapkan mata. Pukul 7.00 pagi baru balik.

TU PUN KATA TAK TOLONG LAGI?????????

Selain tu ada jugaklah hubby ni jadi tukang beli susu anak dia.

D.. demo kat mano?

Kat umah. Naper?

Tolong beli susu anok kawe, kawe tok sempat la…

Ada la beberapa kali jadi tukang beli susu anak dia dan tukang hantar makanan kat umah dia kalau terserempak dgn dia kat kedai makan. kadang2 tu ada jugak la pinjam duit…tp tak banyaklah…Tp tak kisah lah sebab sama2 jiran tetangga dan kenal. tp aku cukup bengang dia kata kat hubby aku camtu pastu siap gi pukul canang lagi kat kedai kopi kawasan rumah aku tu. bengang la aku.

Tu sebab tiap kali tengok muka dia aku bengang dan meluat ya amat.

Thursday, July 9, 2009

Cuti sekolah

Psssttt…sebenarnya dah lama aku taip n3 ni tapi ntah nape tak tergerak nak copy paste masuk blog…hmmmmmm..

Cuti sekolah bulan 6 hari tu...

Seminggu sebelum cuti sekolah aku dah pening dah mana nak bawak anak2 aku bercuti. Tepon resort dah penuh, hotel, chalet semua dah full book…aduiii mana nak pergi..ingat nak pergi cheranting tp..tak day g menarik selain mandi pantai jer…anak2 tak suka mandi pantai nanti hitam katanya..mmmm…macam le kulit depa tu putih sangat…nak pegi bagan lalang dah boring sebab boleh dikatakan kami sekeluarga sering ke situ. BBQ. Paling tidak pun makan ikan bakar (ikan bakar ni mmg favorite aku) tambah2 kalau dicicah ngan sambal..perghhhhh meleleh air mata ( pinjam kata-kata Kak Mah gali..hehehhe).

First week cuti sekolah tak da ke mana-mana, budak2 lepak kat umah jer ler. Hari minggu kami kuar jalan2 jer..2nd week hari khamis dan jumaat aku dah suruh hubby ambik cuti. Kesian kat budak2 tak da pegi mana2. so aku pun call lah sorang ni (Aida) yg. menguruskan soal sewa di Tiara Beach Resort. Alhamdulillah akhirnya ada satu kosong apartment, itupun sebab dia yg punya sebab plan nak cuti. Dah rezeki anak2 aku gamaknya. Janji nak jumpa Aida kat Tiara Beach Resort kul 1.00pm.

Hari khamisnya kitaorang bertolak dlm kul 11.00am sampai sana dlm kul 1.30pm. sebelum ke Tiara aku tak bagitau la anak2 aku sebab nak bagi surprise kat diorang. Yg kecik sibuk duk merayu berulang2 kali

“mama, nak gi kat tempat dlm gambar ni…sambil tunjuk2 pamphlet Tiara Beach Resort.

Sebenarnya hari sebelum tu aku dah bawak balik pamphlet Tiara Beach Resort. Dlm pamphlet tu nampak la segala jenis gelungsur, buaian dlm air dan macam2 lagi la yg membuatnya teruja. Kesian lak aku dengar, tp hubby cakap jgn bagitau, nanti sampai baru bagitau. Akhirnya apabila sampai di sana, bukan main seronok lagi yg kecik siap melompat-lompat dan paling tak boleh blah ayat dia..

“Thank you mama, I likeeeee….

Ada beberapa gambar yg aku ambil masa kat sana. Yg paling dia teruja sekali, masa ambik gambar ngan badut tinggi dan yg paling aku bengang sekali, 1st time ambik gambar ngan badut..kamera tak da bateri..hampeh tul…lepas tukar bateri..ingatkan masa snap dah ok dah..alih2 bila check balik tak da plak gambar dia ngan badut tu…huhuhuhu..yg sempat aku tangkap badut tu time dia pergi, jadi gambar belakang jer ler yg nampak…





yg ni kolam utk kanak2.




ini lah yg menyebabkan anak ku Alia teruja nak gi sana. tengok pada kolam dia, yg penuh ngan mainan, mau tak terlompat2 nak pegi..




yg ni pulak lebih sesuai utk org dewasa, tp kalau bawak kanak2 kena ada penjaga la sekali....

Malam tu ada activity oleh pihak pengurusan Tiara Beach resort- cam aktiviti akrobatik, pertandingan ratu cantik (yg ni lelaki tp pakai pakaian perempuan - ala2 nyah gitu) dan ada lagi la beberpa acara. kami dpt lihat dari atas jer, tak der ler turun tengok. tp mmg seronok la bagi kanak2.

aku as a mother pun rasa puas bila tengok depa semua seronok...

p/s: ada kau tangkap gambar tp kamera dok ngan hubby jadi x dpt le nak uploadkan kat sini..nantilah....



Monday, June 15, 2009

Parking

Kali ni nak citer tang parking kat opis aku lak. Kat sini parking free tapi based on first come first serve la…kalau dah lebih kuotanya maknanya kena bayar la…SEBELUM ni rate hanyalah RM5(sebelum tu RM3 shj)..kalau sampai jam 8.10am ada lagi la parking free tu dlm 50 lagi…TAPI semenjak pertengahan Mei 09 baru2 ni…parking telah pun berubah ke RM7.00/entry. Oleh itu ramai la yg berebut2 nak masuk parking free dan sekarang ni jam 8.00am pun dah habis kuota tu..maknaya kena la byr RM7.00..huhuhu…tapi setakat ni aku baru sekali jer kena bayar..biasanya aku sampai jam 7.50am tu pun sebab jem kat jalan DUTA..ada kenderaan masuk longkang..dan yang paling aku bengang sekali kete tu tak da lah menghalang laluan, tapi biasalah mentality rakyat KL nak tengok/menjenguk kat kete tu..huhuhu..akhirnya aku sampai jam 8.10am...

Dan semenjak kenaikan harga parking tu jugak la, jalan nak masuk ke opis aku jem dan berderet-deret kete staff. Biasalah sapa tak nak parking free…aku pun x nak byr RM7.00 tu….tp kita hanya merancang TUHAN yang menentukan segalanya.

dengarnya bulan 9 ni, minyak nak naik plak...adakah ianya akan mengubah pergerakan perjalanan di jalan raya? thn lepas masa minyak naik berganda..aku perasan jalan raya tak dalah sesak sesangat..tp lepas penurunan minyak, alih2 jln yg biasa aku lalui semakin sesak dan berderet-deret..tu sebab aku terfikir kalau rege minyak naik lagi adakah situasinya juga akan turut berubah???

Friday, June 5, 2009

1st N3

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya create utk kali 3 blog aku...huhuhuu...

ok la chow dulu

nak gi cari tukang cat..sebab dah naik umah baru ni....