Monday, October 26, 2009

Perihatin

Baru-baru ni baca dlm paper yg sorang anak kecil meninggal dunia akibat didera secara fizikal dan seksual oleh boyfriend emaknya. Sedih bila baca berita tu. tak sanggup nak habiskan cerita seterusnya. Tengok pada gambar tu, aku dah boleh imagine camna dia meraung kesakitan apabila didera secara seksual. Kes yg hampir sama ngan adik Nurin, dibunuh dengan kejam oleh pembunuh yg sampai sekarang masih berkeliaran.

Emaknya pula boleh mengatakan yg itu tindakan org gajinya, padahal boyfren gelap dia yg buat(mmg gelap pun).

Semalam hubby citer semasa dia gi jumpa kawan dia kat satu apartment kat Kepong. masa tu dia dlam lift, sebenarnya nak turun tp dah salah masuk – lift naik, jadi lift pun bergerak naik sampai ke ting.14, masuk le sorang lelaki dan sorang budak dlm, lingkungan 3-4 thn. Dlm lift tu hubby dan kawan pun tnya la kat lelaki tu.

Berapa tahun

Lelaki td senyap jer..

Depa berdua heran…terkedu

Berapa tahun, comelnya…

Lelaki tdi terus bagitau

Eh…bukan anak saya

Laaaaaa…terkejut hubby dan kawannya. Habis kalau bukan anak lelaki td, anak sapa lak.?

Sampai je kat Ground Floor, budak td terus jer keluar, tak tahu la nak gi mana. Hubby dan kawan pun terus tarik budak tu, bawa naik lift balik utk ke ting. 14 sebab budak td masuk dr ting. 14.

Sampai ke ting. 14, nampak la satu kelompok wanita-manita tgh bercakap2. hubby pun tanya

Anak sapa ni?

Tiba2 sorang pompuan meluru

Eh..anak saya..

Naper la tak jaga anak ni? tau ke dia nak kemana tadi?

Bla..bla..bla …entah apa lagi yg dia explain kat hubby..

Kalau la budak td meluru terus ke jalan besar camna agaknya? Walaupun budak tu dah tahu atau biasa ngan keadaan sekitarnya, tak patut la mak dia biarkan dia jln sorang2 camtu. Kalau la jadi apa2 kat budak tu , baru la nak meraung, merintih hiba. Banyak sangat kes kehilangan kanak2 yg kita baca kat paper, itu yg di paparkan, yg tidak dipaparkan?

0 comments: