Tuesday, March 2, 2010

bebelan kosong

lama sudah aku tinggalkan ruangan ini, bukan tiada niat utk menjenguk, tapi kadang2 'mood' tiada nak menaip.

cuti maulidur rasul baru2 ni activity terhad, setakat ke selayang mall beli kasut si abang dan makan fast food jer. tak leh nak gi jauh sebab hubby x da~outstation. tinggalah aku dan anak2. jadi activitu mengemas rumah dan mencuci kain baju ler. sebab sebelum cuti air kat taman perumahan tu asyik kecik dan kadang2 langsung tiada. pada pendapat aku mungkin sebab sekarang ni cuaca panas @ kemarau, maka air dlm simpanan tangki kerajaan pun surut kot, jadi utk jangka masa panjang mungkin juga pihak pengurus syabas terpaksa kecikan aliran air, atau mungkin ada kerosakan atau paip bocor, atau mungkin itu, atau mungkin ini..dan macam2 la dalam fikiran aku ni.

minggu ni aku rasa cam tak da mood jer..nak bereskan keje pun malas, tapi disebabkan dah amanah aku gagahkan juga. tapi kena check betul2 la sebab ianya berkait dgn report especially when involve dgn figure, percent and so on.

kat meja aku ni ada sebiji radio yg aku pasang time2 boring...cenelnya ialah SINAR FM 97.6..aku suka dgr lagu2 kat sinar tambah2 dgn dj-dj nya especially sebelah pagi, sapa lagi kalau bukan SY, KE dan Krill. aku minat krill masa dia ngan ERA lagi..kadang2 masa bawak kete, kalau time tgh ada panggilan dr caller yg lucu kdg2 aku gelak2 sorang dlm kete..mmg best diorang. dan semalam adalah hari ulangtahun sinar yg ke-6...SELAMAT ULANGTAHUN SINAR FM...mmg best sgt2..boleh layan lagu2 di sinar...sekarang pun tgh dengar sinar, lagu tahun 80-90an...fuhh..lentok beb...hehehehehe..

oleh kerana aku tak berapa ada mood, jadi aku stopla dulu. esok dan lusa ada training kat TMTC..boleh laaaa....

choww....