Wednesday, September 22, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

mek ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

p/s: tak sempat nak tulis coretan lagi, nanti2 lah..

Friday, August 27, 2010

Tercabar dan rezeki

sekarng ni baru aku terasa tercabarnya keje aku ni. huhuhuhu..boleh tahan jugak tambah2 bila berkait rapat ngan org2..go***..boleh tahan gak bahasa. sebagai penjawat awam aku rasa mmg tak patut dia mengeluarkan kata2 yg tidak menyenangkan. maknanya dia tidak mengguna pakai la apa yg PM war-warkan selama ini..tapi tidak semua la org go*** begitu. ada yg baiknya dan berbudi bahasa.

kita tinggalkan kisah tu.

semalam dapat gaji, alhamdulillah murah rezeki dapat kenaikan gaji ckit. lepas ni tak tahulah bila pulak nak naik gaji. sebab menurut kata staff lama kat sini, katanya kalau org baru biasanya MAPS akan dapat 2.huhuhu..sedih jugak kan. tapi nak buat camna.redha ajer ler.aku percaya rezeki di tangan Allah. berdoa agar dimurahkan rezeki dan panjang umur. amin..

lagi 13 hari lagi nak raya..rasa tak sabar nak balik kampung..hehehe..minta2 lah tak jem jalan nannti..letih oooo...14 jam dlm kete..tidur bangun, tidur bangun,tidur bangun pon tak sampai2 lagi...huhuhuhu..

tapi tahun ni aku beraya tak lama la..sebab seminggu lepas tu anak ku UPSR...kena balik awal..

ok chow dulu..adiossss

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Ampun dan maaf ku pinta.

~mek~

Monday, August 9, 2010

ramadhan

sudah 3 bulan memangku jawatan baru...so far ok jer..kadang2 bila dah duk dlm posisi ni sedikit sebanyak kena tahu limitation jugak tak boleh nak ok jer..silap2 kita yg kena. tak da la kejadian yg 'mengerunkan' lagi..cuma aku sedikit terkedu la..sebab kata2 di manipulasi @ manipulate oleh seorg tu.hmmmm...aku kena beringat la mulai sekrang ni.

lagi 2 hari nak menyambut Ramadhan, persiapan x da la beria-ria sangat. sebenarnya nak cuti 10hb ni, tapi x leh cuti sebabnya ada audit.nampaknya kena posponed ler cuti...alia dah excited nak berposa sebab nak dapt duit lebih (last year aku umpan duit, sehari posa dapat singgit)..tahun ni belum janji apa2 lagi sebab dia dah pun tahun 2, jadi mungkin daya tahanan dia kuat ckit dari tahun lepas. harap2 dia dpt posa penuh tahun ni..lst year kalu tak silap dia tinggal posa dlm 10 hari..tu pun diakhir2 ramdhan. amirul ok- penuh posa alhamdulillah, amiera - biasala sebab ada hari2 yg dpt pelepasan..hehehhehe.. so dlm ramdahan ni, niat nak memperbykkan ibadat dan amalan..insyaAllah mudah2an diperkuatkan tubuh badan dan siht sentiasa..amin..

apa2 pun selamat menyambut ramadhan al-mubarak...

chowww.....

Tuesday, June 22, 2010

cuti sekolah

wah...sudah 2 hari aku duk kat tempat baru..environment baru..tp yg pasti kat sini sejukkkkkk bangeetttt...keje??mmmm..so far aku rasa aku paham..hehehehehehe..harap2 boleh ler..boleh laaa....



byk. nak kena belajar pasal keje baru ni sebab ianya mmg lain dari experience aku. ok..will stop abt my new task, sekarang nak citer pasal cuti sekolah baru2 ni. kitaorg dah x da arah tujuan..ingat nak gi bagan lalang, tp chalet kat sana x da swimming pool, kecuali sri malaysia..aku x berapa suka sgt sri malaysia ni sebab pool kecik jer..jd tak berapa seronok utk budak2..bukan utk aku okeyyy...last2 kitaorg akhirnya ker cheranting...sewa kat suria beach resort..

kat suria biliknya ok la..tapi kalau compare ngan impiana beach resort, aku lebih suka impiana punya bilik. kat suria biasa jer ler bilik dia, tp kat impiana bilik mmg. cantik.

tak da xtiviti yg.menarik kami lakukan kat sana, sekadar mandi kolam dan laut. aku pada mulanya x nak mandi laut,tapi tengokkan air laut yg cantik dan bersih, dengan alunan ombak..fuhh...terus aku masuk dlm air laut tu..berendam jugak la barang sejam dua.

budak2 yg teruja sgt nak mandi kolam, jd lepas tu diorang pun mandi kolam ler..malam plak kami ronda2 kat area situ jer sampai ke balok (betul ker eja-aku pun dah lupa nama tempat tu)..sebab br lepas makan malam, kami makan ringan2 jer. amirul makan roti kukus (ingatkan camna rasanya, rupanya rasa dia cam kuih pau), amiera dan amalia makan roti hamlet.hubby plak makan meehon goreng, aku x mkn apa2 sebab dah kenyang sesangat, cuma minum jah.

dlm perjalanan pulang kami sempat lak memandang kiri dan kanan kawasan situ. apa yg aku peratikan, kebanyakan kedai makan kat sana sgt meriah dengan lampu2, jadi terang berderang dan juga kedainya sangat besar.

sampai kat hotel, budak2 tidur jer ler sebab penat mandi kolam td. aku pun apa lagi..zzzzzzzz jugaklah. so far, kat bilik tu x da apa2 yg menganggu..rasa cam tenang jer (maksudnya x da la PATI-PATI) yg datang bercuti dlm bilik tu ...hehehehhe..

Friday, June 4, 2010

cabaran

semalm jumpa new boss..bos explain suruh baca pasal dept baru tu and within 2 weeks, he expect me to know everything abt. this department. ( atleast ada jugakla something g boleh aku mentelaah pasal new unit ni). sebab unit yg aku masuk ni totally diff. dgn experience yg aku ada..so kenala ada ckit knowledgekan? kalau tidak nganga la jawabnya..

bos asyik tanya, boleh buat ker? rasa mampu ker? dan last briefing dari dia yg membuatkan aku rasa takut (?) ckit ialah "jgn tak perform nnt saya extend lagi 3 bulan tempoh percubaan" huhhuhuhu..straight to the point...takut jugak aku..

bila dah cakap macam tu rasa cam nervous pun ada, manala tau kan kot2 tak perform aku nnt dlm tempoh 6 bulan ni. kadang terpikir jugak, mampu ker aku?bukanya apa sebab unit yg aku join ni mmg totally diff. ngan aku..tapi..

aku anggap itu sebagai satu cabaran bagi aku utk. lebih commitment dan lebih usaha yg selebihnya berserah pada Nya..insyaAllah ..aku yakin padaNya..

Wednesday, June 2, 2010

ketentuanNya

Semalam dpt call dari HR suruh datang ambik surat dan akhirnya berkuatkuasa 1/6/10, aku telah ditempatkan di dpt lain. maknanya aku akan berpindah dari flr sekarang ke flr lain.sedih bukan kepalang tapi apakan daya mmg. sudah suratan dari Nya. tapi boss suruh settlekan dulu keje2 yg ada, hand over semua keje. jadi 16hb aku akan mula bertugas di unit baru. new environment, new task and new product. insyaAllah aku mampu melakukannya.

dan yang paling aku bersyukur sekali ialah keajaiban yg aku harapkan selama ini dimakbulkan Allah.aku sangat2 bersyukur..alhamdulillah. sebelum ini kepasrahan dan kekusutan yg melanda fikiran akhirnya terlerai jua. sesungguhnya tiada yg lebih berkuasa melainkan Kau Ya Allah.

Monday, May 31, 2010

Graduate

Akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaran ku setelah hampir 5 tahun bertungkus lumus belajar dlm jurusan pengurusan perniagaan (pemasaran) di Uitm.

tanggal 25/5/10, aku telah bergelar siswazah..walaupun aku sebelum ini tidak pernah bercita2 utk melanjutkan pelajaran, tapi tahun 2004 mengubah segalanya. kerana harga diri aku gagahi melanjutkan pelajaran. aku mahu buktikan pada mereka yang aku mampu.

25/5/10 juga aku melangkah gagah melangkahi pentas Sri Budiman Uitm,Shah Alam menggengam segulung ijazah. dengan semangat yg berkobar2 aku bertekad utk. menyambung pengajian ku diperingkat master, insyaAllah.

24/5/10, aku telah dipanggil utk, interview kenaikan pangkat dan alhamdulillah aku telah berjaya dan sekarang menunggu surat dari HR. aku dipahamkan yg. surat itu berkuatkuasa 1/6/10. bos dah release dah, tunggu jer ler...selagi aku tidak menerima surat dari HR selagi itulah aku tdk begitu teruja lagi....

tapi yg paling aku terharu ialah sebaik datang opis lepas konvo aku menerima sejambak bunga dari budak opis (hanida), hadiah dari sani dan suci, congratulation card from ain and nina..menitis gak air mata ku ni..hehehhehe...

Ya Allah aku masih mengharapkan keajaiban dari Mu...

miracle

aku masih mengharapkan ada keajaiban untuk ku dlm masa terdekat ini. namun sekiranya ianya tiada apa2, aku terpaksa berserah saja. Ya Allah, leraikanlah kekusutan, kekeliruan, kekecewaan, dan kehampaan dalam diriku ini. kau bukakan lah pintu hatiku untuk terus menerima segala-galanya dengan redha.

Buat masa sekarang ini, aku berada di dalam kekusutan. fikiran yg bercelaru memikirkan sesuatu yg bakal mengubah diri ku ini.

arghhhhhh..........

Wednesday, May 12, 2010

ketentuanNya...

pada awalnya sudah ku tahu jawapannya. sebab tu aku tidak menaruh harapan. insyaAllah rezeki ada di mana-mana. aku percaya pada ketentuanNya..

Monday, May 10, 2010

Jiwa Lara

Jiwa lara
jiwa merana
merutun hiba
merintih nestapa

kasih terjalin
cinta terpaut
derita batin
kasih menjauh

ku tunggu
ku nanti
pelukan rindu
setiap hari.....

Tuesday, May 4, 2010

B for Bonus

alhamdulillah tahun ni dapat bonus...dapat lah beli apa yg patut...tapikan betul lah org kata. kalau duit nak masuk ckit dah ada benda nak kena ganti. seminggu sebelum bonus washing machine aku dah buat perangai, nak tak nak terpaksala beli yg. baru. satu hal. lagi satu hal, en.suami pulak kata minum air rasa karat plak.huhuhu...sebenarnya nak beli water filter la tu...beli la water filter..sib baik water filter tu dia nak share..hehehehe..selamat ckit duit aku.

tu belum kira bab beli baju, kasut dan lain2 utk aku dan anak2...huhuhu..panjang la list aku lagi jawabnya...tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat2 atas rezeki selama ini...

Monday, April 12, 2010

wiken yg penat!!!

last week baca n3 my friend (umimon punya blog) ttg wiken dia yg. penat dan semalam my turn plak yg penat..huhuhu..hari sabtu dari pagi lagi sehingga lah ahad semalam baru reda..tajuk pun aku ikut dia...hehehehe

saturday activity :

pagi - hantar amiera tuisyen kat sekolah seawal jam 8.00am hingga 12.30pm..sementara nak tunggu jam 12.30pm tu, aktivity biasa basuh baju,kemas rumah, sidai baju, mop lantai..tgk2 jam dh hampir kul 12..cepat2 potong ayam,ikan dan sayur, utk masak tghhari, kena masak cepat sebab 2.30pm amirul ada tuiseyn kat desa jaya dan 3.00pm amiera ada tuieyen kat kepong melayu dan 2.30pm amalia ada kelas tambahan utk sekolah agama..huhuhu..terkejar2 aku dibuatnya. pagi hingga tghari hubby x da kat umah, dia gi repair motor kat selayang, jadi aku terpaksa lah kejar sana sini sorang..nasib baik hubby balik jam 1.30pm, kalau tak lagi haru aku mana nak hantar budak2 ni..

amalia request suruh masak ayam kicap ngan ikan bawal goreng sebab nak bawak bekal katanya..jadi masak la utk dia..kesian la plak.nasib baik nak masak simple jer, buatnya nak makan ayam bakar tak ke haru menunggu nak masak. so menu tgghari tu simple jer, ayam masak kicap, ikan bawal goreng,sambal belacan dan salad sebagai ulam. hanya hubby jer yg makan sayur, jadi aku sentiasa prepared sayur yg cepat dan tak perlu msak lama2. kalau ada ulam lagi bagus, x yah masak sayur..ahak..ahak..

tgghri/ptg - 2.15pm aku gi hantar amirul sebab nak daftar kan dia.(first time masuk tuiyen kat perfection desa jaya-sebelum ni dia tuisyen ngan cikgu dia, tp disebabkan keputusan ujian dia baru2 ni yg menunjukkan presatasi yg begitu "BAIK' sekali...C,C,C,D,dan B..tu sebab aku kata baik..huhuhuhu..haru..haru...

aku nak tgk. prestasi dia dlm bulan 5 nnt. samada ada peningkatan atau tak dlm pelajaran dia.mudah-mudah ada la peningkatan dia...insyaAllah..amin.
hubby plak pi hantar amiera dan amalia..
lepas semua pi sekolah dan tuisyen, tinggalah aku sorang kat umah, sebab hubby nak gi check motor dia plak..rosak tang lain...byk betul melayang RM kat motor ni.
ada masa 2 jam, aku pun taklepas kan peluang, lepas solat semua, pasang aircond, kunci alam h/phone...terus zzzzzZZZZZZZ..sampaila 4.45pm. - ambil amalia dan amirul..

malam - ke kajang gi umah adik aku sebab nak melawat dia yg sakit dlm perut..kesian adik aku sorang tu. jam 11.30pm bertolak balik..sampai umah terus basuh badan dan ZZzzzzzzzz..sampai besok...

Sunday activity:

pagi - hantar amiera ke sek. utk latihan hoki. balik umah buat activity biasa..sib baik ada air minggu ni. 10.00 pi ambik dia kat sekolah. balik dan prepare utk masak tghhari

2.30pm-hubby yg hantar amirul tuisyen sebab aku dah tak larat. 5.00pm pi ambik dia-terus ke JJ sebab nak cari tracksuit utk amiera-next week ada camping kat gombak.sian plak sebab ada 2 helai jer,,takut tak cukup.
balik dr JJ, pun dah maghrib, kemas apa yg patut, turn melipat baju pulak sambil menonton.hhuuhuhuhu...aku paling malas lipat baju. tu pun tak habis melipat sebab dah jam 11.30pm sebab sambil lipat baju sambil balut buku amalia...12.30pm..masuk bilik zzzzzZZZZZZ...

selesai la wiken aku utk. mingggu ni..rasa cam berterabur ckit. minggu depan kena arrange betul2..kalau tak lagi haru..

Tuesday, April 6, 2010

feeling

kadang-kadang perasaan kita ada turun dan naiknya,gembira, sedih, terharu, bercelaru, kecewa dan macam2 lagi yg boleh didescribekan...hari ni aku punya feeling cam tak keruan. perasaan yg tak dapat nak describekan camna..adakalanya aku pasrah apa yg terjadi..

huhuhuhuhuhu....

Monday, April 5, 2010

bowling

hari sabtu lepas ada lawan bowling kat midvalley..anjuran kelab opis..lepas lawan bowling, hi-tea kat citti tel hotel..kenyang..sampai nak jalan pun tak larat..aku bawak la ketiga2 anak2 ku kat sana..kasi diorang enjoy ckit..

sampai umah dlm kul 4 lebih...mandi2 dan sembahyang, lepas tu baring2...sambil terlelap sedar2 jam kul 6 lebih..baru terasa sakit badan. alia dan amira sampai rumah td terus tidur tak sempat2 nak tukar baju..huhuhu

tanya budak2 nak makan apa..diorang tak nak makan sebab dah kenyang makan kat hotel td..jadi siapkan minum ptg dan roti saja. hubby tak ikut.

kul 8.30 malam amirul dan alia ada latihan silat, aku apa lagi kemaskan rumah ckit dan sambil2 tunggu kain yg sedang di basuh. jam 11.00 mlm diorang dah balik dr silat, aku dah tak larat dah..terus masuk bilik....tidur..zzzzZZZZZzzzzz....

Tuesday, March 2, 2010

bebelan kosong

lama sudah aku tinggalkan ruangan ini, bukan tiada niat utk menjenguk, tapi kadang2 'mood' tiada nak menaip.

cuti maulidur rasul baru2 ni activity terhad, setakat ke selayang mall beli kasut si abang dan makan fast food jer. tak leh nak gi jauh sebab hubby x da~outstation. tinggalah aku dan anak2. jadi activitu mengemas rumah dan mencuci kain baju ler. sebab sebelum cuti air kat taman perumahan tu asyik kecik dan kadang2 langsung tiada. pada pendapat aku mungkin sebab sekarang ni cuaca panas @ kemarau, maka air dlm simpanan tangki kerajaan pun surut kot, jadi utk jangka masa panjang mungkin juga pihak pengurus syabas terpaksa kecikan aliran air, atau mungkin ada kerosakan atau paip bocor, atau mungkin itu, atau mungkin ini..dan macam2 la dalam fikiran aku ni.

minggu ni aku rasa cam tak da mood jer..nak bereskan keje pun malas, tapi disebabkan dah amanah aku gagahkan juga. tapi kena check betul2 la sebab ianya berkait dgn report especially when involve dgn figure, percent and so on.

kat meja aku ni ada sebiji radio yg aku pasang time2 boring...cenelnya ialah SINAR FM 97.6..aku suka dgr lagu2 kat sinar tambah2 dgn dj-dj nya especially sebelah pagi, sapa lagi kalau bukan SY, KE dan Krill. aku minat krill masa dia ngan ERA lagi..kadang2 masa bawak kete, kalau time tgh ada panggilan dr caller yg lucu kdg2 aku gelak2 sorang dlm kete..mmg best diorang. dan semalam adalah hari ulangtahun sinar yg ke-6...SELAMAT ULANGTAHUN SINAR FM...mmg best sgt2..boleh layan lagu2 di sinar...sekarang pun tgh dengar sinar, lagu tahun 80-90an...fuhh..lentok beb...hehehehehe..

oleh kerana aku tak berapa ada mood, jadi aku stopla dulu. esok dan lusa ada training kat TMTC..boleh laaaa....

choww....

Tuesday, January 12, 2010

Rutin seharian

Tahun 2010 adalah tahun yg bagi aku amat mencabar jugak lah..mana taknya kedua2 anak ku amirul dan amiera akan menghadapi peperiksaan PMR dan UPSR.

Kalau sebelum ni aku akan bangun seawal jam 5.45am @ 6.00am, breakfast pun ala kadar e.g roti bakar,roti cokelat, dan bermacam2 roti la yg dah ready made brand high 5 atau gardenia, tp tahun ni aku rasa berlainan sedikit. mungkin usia dah meningkat dan anak2 pun dah semakin membesar jadi perubahan pun lebih ketara tambahan pula mereka semua sekolah sesi pagi.

sekarang ni jam 5.00 @ 5.15am aku dah bangun, siapkan breakfast utk mrk dan masak utk. amirul makan tghhari (aku harap sampai hujung tahun ler aku cam ni..huhuhuhu) amiera dan amalia akan makan rumah kakak pengasuh sebab tghhari sek. agama.. masalahnya sekarang...aku nak bangun jam 5.00am tu aku takuttttt....kalau aku dah bgn jam 5.00am aku akan baring dulu sehingga la jam 5.45am, sebab takut punya pasal. bukan takut orang tapi takut hantu...kalau org dengar pun mesti gelak kan..dah tua2 pun takut lagi..eeeee....tapi nak tak nak tepaksa la aku gagahkan jua bangun utk memasak. Hah, kalau dah kul 5.45am baru nak masak, alamatnya kelam kabut ler. biasanya kalau dah bangun lambat tu aku akan masak masakan yg rebus jer..cam sup ayam, ayam rebus serai, etc la yg rebus-rebus sebab masa lauk atas dapur aku boleh mandi..ahak..ahak...nasib baik anak2 ku suka masakan rebus2 ni..hehehhe..

tapi dlm minggu ni aku berjaya bangun seawal 5.00am pagi utk memasak..kenapa aku berani???
sebab aku kejutkan hubby suruh temankan..hahahahahha...aku akan kejutkan dia dan suruh tidur kat ruang tamu..jadi kurang la takut aku...hehehehehe

lepas masak dlm kul 5.45am aku punya turn mandi, lepas tu amiera, amalia dan last amirul.masa diorang tgh mandi dah sembahyang tu sempat la aku sediakan makanan utk diorang.diorag makan aku plak akan bersiap. biasanya aku bersiap sekejap jer..dlm masa 10-15 minit aku dah siap dah...kalau sempat aku kaler ler muka aku(make up), kalau rasa tak sempat aku akan kaler muka aku dlm kete kat parking bila sampai opis tp most of the time aku kaler kat dlm kete...hehehehe... kena bertolak cepat weii..kalau tak, jalan jem dan berebut lorong, nak kejar parking lagi, kalau lambat dan habis quota maknanya kena bayar ler RM7..huhuhu..

member2 aku ada gak yg rutin dia cam aku. cuma diorang lebih berani dr aku. kul 5.00am dan bangun dah. memasak, basuh baju, jemur baju...huiii lagi hebat dari aku. aku tak sempat la nak basuh baju pagi2. aku akan basuh baju sebelah petang (bila sampai rumah) dan malam dan jemur malam tu jugak. kadang2 kul 12.30am duk jemur baju lagi. nasib baik sebelah umah budak2 bujang. diorang tidur lewat, kadang2 kul 2.00am tak tidur lagi, jadi berani la ckit aku nak jemur baju time tu.

Begitulah rutin harian aku setakat ni dan aku rasa setakat ni aku boleh handle lagi. lagipun anak2 ku semua dah besar dah.

Wednesday, January 6, 2010

Tahun Baru

hari ni dah 6hb...SELAMAT TAHUN BARU...walau dah hampir seminggu berlalu...

azam baru???..nnt post kendian...byk keje nak settle..al-maklum ler cuti dari hujung tahun..hari ni baru masuk keje..ada yg. nak kena bereskan..