Tuesday, January 12, 2010

Rutin seharian

Tahun 2010 adalah tahun yg bagi aku amat mencabar jugak lah..mana taknya kedua2 anak ku amirul dan amiera akan menghadapi peperiksaan PMR dan UPSR.

Kalau sebelum ni aku akan bangun seawal jam 5.45am @ 6.00am, breakfast pun ala kadar e.g roti bakar,roti cokelat, dan bermacam2 roti la yg dah ready made brand high 5 atau gardenia, tp tahun ni aku rasa berlainan sedikit. mungkin usia dah meningkat dan anak2 pun dah semakin membesar jadi perubahan pun lebih ketara tambahan pula mereka semua sekolah sesi pagi.

sekarang ni jam 5.00 @ 5.15am aku dah bangun, siapkan breakfast utk mrk dan masak utk. amirul makan tghhari (aku harap sampai hujung tahun ler aku cam ni..huhuhuhu) amiera dan amalia akan makan rumah kakak pengasuh sebab tghhari sek. agama.. masalahnya sekarang...aku nak bangun jam 5.00am tu aku takuttttt....kalau aku dah bgn jam 5.00am aku akan baring dulu sehingga la jam 5.45am, sebab takut punya pasal. bukan takut orang tapi takut hantu...kalau org dengar pun mesti gelak kan..dah tua2 pun takut lagi..eeeee....tapi nak tak nak tepaksa la aku gagahkan jua bangun utk memasak. Hah, kalau dah kul 5.45am baru nak masak, alamatnya kelam kabut ler. biasanya kalau dah bangun lambat tu aku akan masak masakan yg rebus jer..cam sup ayam, ayam rebus serai, etc la yg rebus-rebus sebab masa lauk atas dapur aku boleh mandi..ahak..ahak...nasib baik anak2 ku suka masakan rebus2 ni..hehehhe..

tapi dlm minggu ni aku berjaya bangun seawal 5.00am pagi utk memasak..kenapa aku berani???
sebab aku kejutkan hubby suruh temankan..hahahahahha...aku akan kejutkan dia dan suruh tidur kat ruang tamu..jadi kurang la takut aku...hehehehehe

lepas masak dlm kul 5.45am aku punya turn mandi, lepas tu amiera, amalia dan last amirul.masa diorang tgh mandi dah sembahyang tu sempat la aku sediakan makanan utk diorang.diorag makan aku plak akan bersiap. biasanya aku bersiap sekejap jer..dlm masa 10-15 minit aku dah siap dah...kalau sempat aku kaler ler muka aku(make up), kalau rasa tak sempat aku akan kaler muka aku dlm kete kat parking bila sampai opis tp most of the time aku kaler kat dlm kete...hehehehe... kena bertolak cepat weii..kalau tak, jalan jem dan berebut lorong, nak kejar parking lagi, kalau lambat dan habis quota maknanya kena bayar ler RM7..huhuhu..

member2 aku ada gak yg rutin dia cam aku. cuma diorang lebih berani dr aku. kul 5.00am dan bangun dah. memasak, basuh baju, jemur baju...huiii lagi hebat dari aku. aku tak sempat la nak basuh baju pagi2. aku akan basuh baju sebelah petang (bila sampai rumah) dan malam dan jemur malam tu jugak. kadang2 kul 12.30am duk jemur baju lagi. nasib baik sebelah umah budak2 bujang. diorang tidur lewat, kadang2 kul 2.00am tak tidur lagi, jadi berani la ckit aku nak jemur baju time tu.

Begitulah rutin harian aku setakat ni dan aku rasa setakat ni aku boleh handle lagi. lagipun anak2 ku semua dah besar dah.

Wednesday, January 6, 2010

Tahun Baru

hari ni dah 6hb...SELAMAT TAHUN BARU...walau dah hampir seminggu berlalu...

azam baru???..nnt post kendian...byk keje nak settle..al-maklum ler cuti dari hujung tahun..hari ni baru masuk keje..ada yg. nak kena bereskan..