Monday, July 20, 2009

bengangnya aku..

Kali ni aku nak bercerita satu cerita yang berkisarkan sikap manusia ni. Aku namakan dia A. dia ni sebenarnya kawan hubby aku dan juga jiran kami. Tapi tak lah jiran sebelah menyebelah, tp selang beberapa biji rumah. A ni dulu bekerja dengan sebuah syarikat chemical tp dah berenti keje (adalah sebab2 tertentu), tp bukan nak citer pasal dia kena berenti keje tp pasal mulut dia yg mengalahkan orang pompuan. Sebelum ni ada jugalah dia minta tolong hubby aku dan kami pun tak kisah nak tolong sebab fikir jiran dan kawan.

Satu pagi tu (weekend) dia call hubby dan nak minta tolong jumper bateri kete dia- betul ke panggil jumper???-kalau bateri kete weak/lemah akan guna wayar caj dr bateri kete lain. Kebetulan pada pagi tu hubby tgh breakfast ngan anak2 aku. Makanan baru jer siap, A call minta tolong. Hubby cakap la yg dia tgh makan ngan anak2 dan ambik masa ckit nak sampai rumah, lagipun bateri kete kitaorang pun dah lama x tukar (dr tahun 2005 lagi-sekarang dah tukar dah). kalau nak juga tunggu la dia siap makan dulu. A cakap dia nak segera seba ada urusan. Hubby pun cakap lah, kalau nak sekarang tak boleh la sebab tgh makan ngan anak2. A cakap tak pa lah.
So kitaorang tak da fikir apa2 lepas tu. Satu hari jiran aku tanya (aku namakan kak M), ada tak si A ni minta tolong. Kak M ni mmg dah lama aku kenal. Sejak dari aku datang KL dan menyewa sebelah rumahnya.

Ada, dia call hubby, naper kak ?

Hari minggu hari tu, A datang pinjam wayar (utk connect kan bateri kete dia) ngan akak

Ooooo

A citer kat akak, katanya org. sebelah rumah (kami ler tu-tp dia tujukan kat hubby) harap belajar jer tinggi-tinggi tp nak minta tolong pun susah

Hah…ternganga la aku terkejut dengar kak M citer camtu. Tak sangka la aku…

Kak M pun citer ler apa yg si A ni citer. Bengang yang amat aku pada masa tu. meluat yang amat. Boleh dia cakap camtu. Tp bukan setakat kat kak M jer dia citer camtu, tp kat kedai kopi (istilah org kg aku panggil) yg selalu hubby lepak pun dia bawa mulut dan citer perkara ni. Katanya hubby aku ni jenis susah nak minta tolong, harapkan belajar tinggi jer…
Aku rasa kalau sapa2 kat situasi kami pun akan rasa bengang.

Bukan sekali ni jer dia minta tolong. Ada dulu tu, hubby baru sampai rumah-jam 3.00 pagi. Tiba2 A call minta tolong datang sebab kete dia rosak. Tanya dia kat mana, korang tau kat mana? Kat Subang nuh…hubby pun sebab fikir kawan dan kesian anak bini si A, pegilah hubby, walau pada masa tu baru nak lelapkan mata. Pukul 7.00 pagi baru balik.

TU PUN KATA TAK TOLONG LAGI?????????

Selain tu ada jugaklah hubby ni jadi tukang beli susu anak dia.

D.. demo kat mano?

Kat umah. Naper?

Tolong beli susu anok kawe, kawe tok sempat la…

Ada la beberapa kali jadi tukang beli susu anak dia dan tukang hantar makanan kat umah dia kalau terserempak dgn dia kat kedai makan. kadang2 tu ada jugak la pinjam duit…tp tak banyaklah…Tp tak kisah lah sebab sama2 jiran tetangga dan kenal. tp aku cukup bengang dia kata kat hubby aku camtu pastu siap gi pukul canang lagi kat kedai kopi kawasan rumah aku tu. bengang la aku.

Tu sebab tiap kali tengok muka dia aku bengang dan meluat ya amat.

0 comments: