Thursday, July 9, 2009

Cuti sekolah

Psssttt…sebenarnya dah lama aku taip n3 ni tapi ntah nape tak tergerak nak copy paste masuk blog…hmmmmmm..

Cuti sekolah bulan 6 hari tu...

Seminggu sebelum cuti sekolah aku dah pening dah mana nak bawak anak2 aku bercuti. Tepon resort dah penuh, hotel, chalet semua dah full book…aduiii mana nak pergi..ingat nak pergi cheranting tp..tak day g menarik selain mandi pantai jer…anak2 tak suka mandi pantai nanti hitam katanya..mmmm…macam le kulit depa tu putih sangat…nak pegi bagan lalang dah boring sebab boleh dikatakan kami sekeluarga sering ke situ. BBQ. Paling tidak pun makan ikan bakar (ikan bakar ni mmg favorite aku) tambah2 kalau dicicah ngan sambal..perghhhhh meleleh air mata ( pinjam kata-kata Kak Mah gali..hehehhe).

First week cuti sekolah tak da ke mana-mana, budak2 lepak kat umah jer ler. Hari minggu kami kuar jalan2 jer..2nd week hari khamis dan jumaat aku dah suruh hubby ambik cuti. Kesian kat budak2 tak da pegi mana2. so aku pun call lah sorang ni (Aida) yg. menguruskan soal sewa di Tiara Beach Resort. Alhamdulillah akhirnya ada satu kosong apartment, itupun sebab dia yg punya sebab plan nak cuti. Dah rezeki anak2 aku gamaknya. Janji nak jumpa Aida kat Tiara Beach Resort kul 1.00pm.

Hari khamisnya kitaorang bertolak dlm kul 11.00am sampai sana dlm kul 1.30pm. sebelum ke Tiara aku tak bagitau la anak2 aku sebab nak bagi surprise kat diorang. Yg kecik sibuk duk merayu berulang2 kali

“mama, nak gi kat tempat dlm gambar ni…sambil tunjuk2 pamphlet Tiara Beach Resort.

Sebenarnya hari sebelum tu aku dah bawak balik pamphlet Tiara Beach Resort. Dlm pamphlet tu nampak la segala jenis gelungsur, buaian dlm air dan macam2 lagi la yg membuatnya teruja. Kesian lak aku dengar, tp hubby cakap jgn bagitau, nanti sampai baru bagitau. Akhirnya apabila sampai di sana, bukan main seronok lagi yg kecik siap melompat-lompat dan paling tak boleh blah ayat dia..

“Thank you mama, I likeeeee….

Ada beberapa gambar yg aku ambil masa kat sana. Yg paling dia teruja sekali, masa ambik gambar ngan badut tinggi dan yg paling aku bengang sekali, 1st time ambik gambar ngan badut..kamera tak da bateri..hampeh tul…lepas tukar bateri..ingatkan masa snap dah ok dah..alih2 bila check balik tak da plak gambar dia ngan badut tu…huhuhuhu..yg sempat aku tangkap badut tu time dia pergi, jadi gambar belakang jer ler yg nampak…





yg ni kolam utk kanak2.




ini lah yg menyebabkan anak ku Alia teruja nak gi sana. tengok pada kolam dia, yg penuh ngan mainan, mau tak terlompat2 nak pegi..




yg ni pulak lebih sesuai utk org dewasa, tp kalau bawak kanak2 kena ada penjaga la sekali....

Malam tu ada activity oleh pihak pengurusan Tiara Beach resort- cam aktiviti akrobatik, pertandingan ratu cantik (yg ni lelaki tp pakai pakaian perempuan - ala2 nyah gitu) dan ada lagi la beberpa acara. kami dpt lihat dari atas jer, tak der ler turun tengok. tp mmg seronok la bagi kanak2.

aku as a mother pun rasa puas bila tengok depa semua seronok...

p/s: ada kau tangkap gambar tp kamera dok ngan hubby jadi x dpt le nak uploadkan kat sini..nantilah....



0 comments: