Tuesday, July 28, 2009

Kereta Baru

Sebenarnya beberapa bulan yg lepas ada la perselisihan paham aku ngan hubby –ala biasala gaduh2 manja gitew…ahak..ahak..ada sekali aku cakap nak kete baru –saja jer, bukan nak pun. Setakat kancil aku tu boleh berlari lagi aku pakai la.tp sebab aku geram kat hubby hari tu aku cakap la macam tu.


Kereta idaman aku.i10..seminggu aku survey dlm internet pasal kete ni.apa feedback dari customer yg dah pakai kete ni dan macam2 lagi la..tp mmg aku berkenan betul kete ni. Siap gi kat showroom Jln. Ipoh,cuma x test drive jer, huhuhuhu. Tp disebabkan ramai yg advise jgn beli kete ni sebab spare part mahal dan bimbang kot2 nnt susah nak service, kalau rosak nnt lambat la dan macam2. tp sebenarnya mmg tak nak beli pun..saja jer aku ni gatal mulut…



aku minat betul kaler ni...





masa gi kat shoowroom hari tu, aku masuk la dalam kete i10 ni, fuhhh...mmg bergaya (bagi aku la)dan aku rasa kalau setakat nak gi keje boleh sesangat ler...tp apakan daya, aku tak terbuka hati nak buat hutang kete lagi...

Bagi aku la selagi kedua2 kete aku tu x da masalah, aku akan pakai sampai la disaat2 kete tu nazak. Ye ler nak buat apa beli kete baru, tambahkan hutang jer.sedangkan 2 kete aku dah habis bayar dah.

Tp disebabkan mulut aku tu la, hampir setiap hari sabtu, dia gi showroom kete…huhuhu

Wednesday, July 22, 2009

LELONG

Oleh sebab lama dah tak buat roti, jadi hubby decide nak jual semua barang-brang buat roti dia. bukan tak nak buat tapi sebab dah tak da masa nak membuatnya. Hari2 balik lambat, kadang2 weekend kena gi outstation tak sempat nak menguli roti. Jadi utk. tidak menyemakkan dapur ku, dia decide nak jual kesemuanya termasuk oven sekali.

STAND MIXER ( rupa lebih kurang camni la)



Capacity – boleh memuatkan 5-6kg tepung gandum.
Rege - RM 900

Selain tu ada juga, bread fermenting box, tray, oven utk dijual dengan separuh rege.

setakat ni tak da la aku war2 kan lagi kat internet,cuma masukkan kat blog dulu dan ym , then baru publish kat internet.

Monday, July 20, 2009

bengangnya aku..

Kali ni aku nak bercerita satu cerita yang berkisarkan sikap manusia ni. Aku namakan dia A. dia ni sebenarnya kawan hubby aku dan juga jiran kami. Tapi tak lah jiran sebelah menyebelah, tp selang beberapa biji rumah. A ni dulu bekerja dengan sebuah syarikat chemical tp dah berenti keje (adalah sebab2 tertentu), tp bukan nak citer pasal dia kena berenti keje tp pasal mulut dia yg mengalahkan orang pompuan. Sebelum ni ada jugalah dia minta tolong hubby aku dan kami pun tak kisah nak tolong sebab fikir jiran dan kawan.

Satu pagi tu (weekend) dia call hubby dan nak minta tolong jumper bateri kete dia- betul ke panggil jumper???-kalau bateri kete weak/lemah akan guna wayar caj dr bateri kete lain. Kebetulan pada pagi tu hubby tgh breakfast ngan anak2 aku. Makanan baru jer siap, A call minta tolong. Hubby cakap la yg dia tgh makan ngan anak2 dan ambik masa ckit nak sampai rumah, lagipun bateri kete kitaorang pun dah lama x tukar (dr tahun 2005 lagi-sekarang dah tukar dah). kalau nak juga tunggu la dia siap makan dulu. A cakap dia nak segera seba ada urusan. Hubby pun cakap lah, kalau nak sekarang tak boleh la sebab tgh makan ngan anak2. A cakap tak pa lah.
So kitaorang tak da fikir apa2 lepas tu. Satu hari jiran aku tanya (aku namakan kak M), ada tak si A ni minta tolong. Kak M ni mmg dah lama aku kenal. Sejak dari aku datang KL dan menyewa sebelah rumahnya.

Ada, dia call hubby, naper kak ?

Hari minggu hari tu, A datang pinjam wayar (utk connect kan bateri kete dia) ngan akak

Ooooo

A citer kat akak, katanya org. sebelah rumah (kami ler tu-tp dia tujukan kat hubby) harap belajar jer tinggi-tinggi tp nak minta tolong pun susah

Hah…ternganga la aku terkejut dengar kak M citer camtu. Tak sangka la aku…

Kak M pun citer ler apa yg si A ni citer. Bengang yang amat aku pada masa tu. meluat yang amat. Boleh dia cakap camtu. Tp bukan setakat kat kak M jer dia citer camtu, tp kat kedai kopi (istilah org kg aku panggil) yg selalu hubby lepak pun dia bawa mulut dan citer perkara ni. Katanya hubby aku ni jenis susah nak minta tolong, harapkan belajar tinggi jer…
Aku rasa kalau sapa2 kat situasi kami pun akan rasa bengang.

Bukan sekali ni jer dia minta tolong. Ada dulu tu, hubby baru sampai rumah-jam 3.00 pagi. Tiba2 A call minta tolong datang sebab kete dia rosak. Tanya dia kat mana, korang tau kat mana? Kat Subang nuh…hubby pun sebab fikir kawan dan kesian anak bini si A, pegilah hubby, walau pada masa tu baru nak lelapkan mata. Pukul 7.00 pagi baru balik.

TU PUN KATA TAK TOLONG LAGI?????????

Selain tu ada jugaklah hubby ni jadi tukang beli susu anak dia.

D.. demo kat mano?

Kat umah. Naper?

Tolong beli susu anok kawe, kawe tok sempat la…

Ada la beberapa kali jadi tukang beli susu anak dia dan tukang hantar makanan kat umah dia kalau terserempak dgn dia kat kedai makan. kadang2 tu ada jugak la pinjam duit…tp tak banyaklah…Tp tak kisah lah sebab sama2 jiran tetangga dan kenal. tp aku cukup bengang dia kata kat hubby aku camtu pastu siap gi pukul canang lagi kat kedai kopi kawasan rumah aku tu. bengang la aku.

Tu sebab tiap kali tengok muka dia aku bengang dan meluat ya amat.

Thursday, July 9, 2009

Cuti sekolah

Psssttt…sebenarnya dah lama aku taip n3 ni tapi ntah nape tak tergerak nak copy paste masuk blog…hmmmmmm..

Cuti sekolah bulan 6 hari tu...

Seminggu sebelum cuti sekolah aku dah pening dah mana nak bawak anak2 aku bercuti. Tepon resort dah penuh, hotel, chalet semua dah full book…aduiii mana nak pergi..ingat nak pergi cheranting tp..tak day g menarik selain mandi pantai jer…anak2 tak suka mandi pantai nanti hitam katanya..mmmm…macam le kulit depa tu putih sangat…nak pegi bagan lalang dah boring sebab boleh dikatakan kami sekeluarga sering ke situ. BBQ. Paling tidak pun makan ikan bakar (ikan bakar ni mmg favorite aku) tambah2 kalau dicicah ngan sambal..perghhhhh meleleh air mata ( pinjam kata-kata Kak Mah gali..hehehhe).

First week cuti sekolah tak da ke mana-mana, budak2 lepak kat umah jer ler. Hari minggu kami kuar jalan2 jer..2nd week hari khamis dan jumaat aku dah suruh hubby ambik cuti. Kesian kat budak2 tak da pegi mana2. so aku pun call lah sorang ni (Aida) yg. menguruskan soal sewa di Tiara Beach Resort. Alhamdulillah akhirnya ada satu kosong apartment, itupun sebab dia yg punya sebab plan nak cuti. Dah rezeki anak2 aku gamaknya. Janji nak jumpa Aida kat Tiara Beach Resort kul 1.00pm.

Hari khamisnya kitaorang bertolak dlm kul 11.00am sampai sana dlm kul 1.30pm. sebelum ke Tiara aku tak bagitau la anak2 aku sebab nak bagi surprise kat diorang. Yg kecik sibuk duk merayu berulang2 kali

“mama, nak gi kat tempat dlm gambar ni…sambil tunjuk2 pamphlet Tiara Beach Resort.

Sebenarnya hari sebelum tu aku dah bawak balik pamphlet Tiara Beach Resort. Dlm pamphlet tu nampak la segala jenis gelungsur, buaian dlm air dan macam2 lagi la yg membuatnya teruja. Kesian lak aku dengar, tp hubby cakap jgn bagitau, nanti sampai baru bagitau. Akhirnya apabila sampai di sana, bukan main seronok lagi yg kecik siap melompat-lompat dan paling tak boleh blah ayat dia..

“Thank you mama, I likeeeee….

Ada beberapa gambar yg aku ambil masa kat sana. Yg paling dia teruja sekali, masa ambik gambar ngan badut tinggi dan yg paling aku bengang sekali, 1st time ambik gambar ngan badut..kamera tak da bateri..hampeh tul…lepas tukar bateri..ingatkan masa snap dah ok dah..alih2 bila check balik tak da plak gambar dia ngan badut tu…huhuhuhu..yg sempat aku tangkap badut tu time dia pergi, jadi gambar belakang jer ler yg nampak…





yg ni kolam utk kanak2.




ini lah yg menyebabkan anak ku Alia teruja nak gi sana. tengok pada kolam dia, yg penuh ngan mainan, mau tak terlompat2 nak pegi..




yg ni pulak lebih sesuai utk org dewasa, tp kalau bawak kanak2 kena ada penjaga la sekali....

Malam tu ada activity oleh pihak pengurusan Tiara Beach resort- cam aktiviti akrobatik, pertandingan ratu cantik (yg ni lelaki tp pakai pakaian perempuan - ala2 nyah gitu) dan ada lagi la beberpa acara. kami dpt lihat dari atas jer, tak der ler turun tengok. tp mmg seronok la bagi kanak2.

aku as a mother pun rasa puas bila tengok depa semua seronok...

p/s: ada kau tangkap gambar tp kamera dok ngan hubby jadi x dpt le nak uploadkan kat sini..nantilah....