Tuesday, October 20, 2009

Lupa..

Hahahahahaha…huhuhuhuhu….uwaaaa….aku lupa anniversary ku pada 14hb Oct baru2 ni. macam mana boleh lupa??? Aku pun tak tahu camna boleh lupa??/ oh tidak!!!!!!!

Yg. paling tragisnya, hubby pun lupa. Aku pada mulanya rasa bersalah sebab lupa tapi sebab dia pun lupa..ok la. tapi aku masih heran..camna aku boleh lupa????? kena buat post mortem ni

Sudah 15 tahun kami mendirikan rumahtangga, segala halangan dan rintangan ditempuhi. dan alhamdulillah dikurniakan 3 org cahaya mata, 1 putera dan 2 puteri. Kesemuanya dah besar panjang.


Sebelum kami kahwin kami bertunang lebih kurang 2 tahun, sebab hubby nak sambung belajar. Aku duk kat sini. Tp dlm dok bertunang tu sempat jugak la pasang spare tyre buat lepas boring (jahatnya aku…) aku berani ler, sebab masa tu tunang tak da kat sini tapi semuanya atas dasar kawan. Tp dlm duk berkawan tu , ada la sorg mamat ni, telah tangkap cintan sama aku walaupun dia tahu aku dah bertunang. dan yg paling syoknya dia pun dah bertunang.!!!! kes haru ni…

tp aku tak nafikan, pada ketika itu naluri dan perasaanku sebagai seorg gadis manis (cewaaah) sedikit sebanyak tergugat. Namun aku akur dan sedar bahawa berdosanya aku menduakan cinta tunangku yg begitu setia di sana yg kini menjadi suamiku utk selama2nya..insyaAllah.

Hubbyku mmg seorg yg simple orgnya..sesangat simple dan sempoi.. dia seorg yg bertanggungjawab dan seorg bapa yg penyayang..tabah dan sabar dgn karenah ku yg. kuat berleter,marah-marah. Dia menurut apa saja kataku. Namun apa yg aku buat utk kebaikan kami semua. Dan alhamdulillah sampai sekarang kami bahagia wlaupun dlm tempoh hidup bersama ni ada la gaduh2 manja,…tapi tak da la sampai pinggan mangkuk terbang melayang… dan insyaAllah, ku mohon agar jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Aku pun sekarang ni dah kurang la ckit berleter2..hehehehehehe..maklum ler usia pun dah semakin meningkat..fikiran pun kena la sekali meningkat matang.












gambar anakku yg ketiga-masa ni umur 6 tahun last year,activity pertandingan menari utk Pra-sekolah di selayang mall, selayang.
mulut camtu sebab takut lipstik kat bibir tu habis...


Utk. hubby...i love u so much...terima kasih untuk cinta dan kasih sayangmu selama ini....

0 comments: