Friday, November 20, 2009

PATI...




Aku tak pernah tersempak setakat ni. tp kalau setakat kelibat zasssss tu pernah la sekali dua. Tp kalau boleh aku tak nak ler terserempak ngan PATI ni..takut ooooo.

Bercerita ttg PATI ni atau dengan erti kata lain hantu dlm bahasa melayu, Ghost dlm inggeris dan bahasa lain aku x tau ler. Kewujudan mereka mmg tak leh disangkal lagi. Mereka ada di mana2. ada yg islam dan ada yg kafir.

Anak jiran sebelah umah aku ni mmg ada sixth sense yg mana dia boleh nampak makhluk2 halus disekeliling. Pernah anak2 ku ini mendengar suara2 budak kat umah aku tu. tp mereka buat derk jer ler. Yg biasa dengar anak ku yg perempuan (Amiera). Ada la beberapa kejadian yg diceritakan oleh amiera.

Amiera ni tidur sebilik dgn anaku yg ketiga (Alia). Malam tu amirul (anak ku yg sulung) tak leh nak tidur, jd dia mengajak ler amiera dan alia tidur dlm bilik dia (bilik depan). Amiera x nak sebab kena tidur atas toto kat bawah. Amirul pun menangis ler ( x leh meraung, just meleleh air mata jer).last2 alia yg terpaksa temankan Amirul.

Masa dlm bilik nak tidur, amiera ada lah dengar suara budak menangis. Dia ingatkan Amirul, tp x kan lah Amirul sebab Alia dah temankan. Lepas tu dia dengar plak suara budak ketawa. Apa lagi..tarik selimut la dia. nak tidur dlm bilik abg dia x kuasa nak tidur atas toto. Esok pagi baru dia citer kat aku..aku biasala..jawab yg tu perasaan dia jer. Tp dia bersungguh2 citer.

Betul ma..adik ada dengar…(dengan muka berkerut-kerut)

Ala..perasaan adik jer tu..

Tapi mmg tiap kali dia yg sering mendengar benda2 macam tu. sebelum tu dia pernah dengar org ketuk pintu bilik dia. aku cakap tu mungkin cicak yg besar. Cicak tu dia libas ekor dia kat pintu bilik jer…dia diam jer.

Dia juga bagitau yg dia pernah dengar grill kat luar bergegar..macam org goncang dengan kuat. Masa tu dlm kul 1.00am. Aku cakap yg tu budak2 kat sebelah selalu balik lmbt, bukak grill kuat.

...bersambung...


nnt la aku sambung next time..ada keje ckit

2 comments:

Jazy said...

Buat lah baca yasin kat rumah..

MEK said...

jazy- baca sendiri2 tu mmg ada.