Monday, May 31, 2010

Graduate

Akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaran ku setelah hampir 5 tahun bertungkus lumus belajar dlm jurusan pengurusan perniagaan (pemasaran) di Uitm.

tanggal 25/5/10, aku telah bergelar siswazah..walaupun aku sebelum ini tidak pernah bercita2 utk melanjutkan pelajaran, tapi tahun 2004 mengubah segalanya. kerana harga diri aku gagahi melanjutkan pelajaran. aku mahu buktikan pada mereka yang aku mampu.

25/5/10 juga aku melangkah gagah melangkahi pentas Sri Budiman Uitm,Shah Alam menggengam segulung ijazah. dengan semangat yg berkobar2 aku bertekad utk. menyambung pengajian ku diperingkat master, insyaAllah.

24/5/10, aku telah dipanggil utk, interview kenaikan pangkat dan alhamdulillah aku telah berjaya dan sekarang menunggu surat dari HR. aku dipahamkan yg. surat itu berkuatkuasa 1/6/10. bos dah release dah, tunggu jer ler...selagi aku tidak menerima surat dari HR selagi itulah aku tdk begitu teruja lagi....

tapi yg paling aku terharu ialah sebaik datang opis lepas konvo aku menerima sejambak bunga dari budak opis (hanida), hadiah dari sani dan suci, congratulation card from ain and nina..menitis gak air mata ku ni..hehehhehe...

Ya Allah aku masih mengharapkan keajaiban dari Mu...

0 comments: