Monday, May 31, 2010

Graduate

Akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaran ku setelah hampir 5 tahun bertungkus lumus belajar dlm jurusan pengurusan perniagaan (pemasaran) di Uitm.

tanggal 25/5/10, aku telah bergelar siswazah..walaupun aku sebelum ini tidak pernah bercita2 utk melanjutkan pelajaran, tapi tahun 2004 mengubah segalanya. kerana harga diri aku gagahi melanjutkan pelajaran. aku mahu buktikan pada mereka yang aku mampu.

25/5/10 juga aku melangkah gagah melangkahi pentas Sri Budiman Uitm,Shah Alam menggengam segulung ijazah. dengan semangat yg berkobar2 aku bertekad utk. menyambung pengajian ku diperingkat master, insyaAllah.

24/5/10, aku telah dipanggil utk, interview kenaikan pangkat dan alhamdulillah aku telah berjaya dan sekarang menunggu surat dari HR. aku dipahamkan yg. surat itu berkuatkuasa 1/6/10. bos dah release dah, tunggu jer ler...selagi aku tidak menerima surat dari HR selagi itulah aku tdk begitu teruja lagi....

tapi yg paling aku terharu ialah sebaik datang opis lepas konvo aku menerima sejambak bunga dari budak opis (hanida), hadiah dari sani dan suci, congratulation card from ain and nina..menitis gak air mata ku ni..hehehhehe...

Ya Allah aku masih mengharapkan keajaiban dari Mu...

miracle

aku masih mengharapkan ada keajaiban untuk ku dlm masa terdekat ini. namun sekiranya ianya tiada apa2, aku terpaksa berserah saja. Ya Allah, leraikanlah kekusutan, kekeliruan, kekecewaan, dan kehampaan dalam diriku ini. kau bukakan lah pintu hatiku untuk terus menerima segala-galanya dengan redha.

Buat masa sekarang ini, aku berada di dalam kekusutan. fikiran yg bercelaru memikirkan sesuatu yg bakal mengubah diri ku ini.

arghhhhhh..........

Wednesday, May 12, 2010

ketentuanNya...

pada awalnya sudah ku tahu jawapannya. sebab tu aku tidak menaruh harapan. insyaAllah rezeki ada di mana-mana. aku percaya pada ketentuanNya..

Monday, May 10, 2010

Jiwa Lara

Jiwa lara
jiwa merana
merutun hiba
merintih nestapa

kasih terjalin
cinta terpaut
derita batin
kasih menjauh

ku tunggu
ku nanti
pelukan rindu
setiap hari.....

Tuesday, May 4, 2010

B for Bonus

alhamdulillah tahun ni dapat bonus...dapat lah beli apa yg patut...tapikan betul lah org kata. kalau duit nak masuk ckit dah ada benda nak kena ganti. seminggu sebelum bonus washing machine aku dah buat perangai, nak tak nak terpaksala beli yg. baru. satu hal. lagi satu hal, en.suami pulak kata minum air rasa karat plak.huhuhu...sebenarnya nak beli water filter la tu...beli la water filter..sib baik water filter tu dia nak share..hehehehe..selamat ckit duit aku.

tu belum kira bab beli baju, kasut dan lain2 utk aku dan anak2...huhuhu..panjang la list aku lagi jawabnya...tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat2 atas rezeki selama ini...