Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

kalau tak ada aral melintang, malam ni aku balik kampung ler..ingatkan nak balik lepas berbuka, tapi kesian lak kat adik aku yg takut duk umah sorang2. al-maklum ler rumah aku tu ada PATI yg pakai baju putih dan muka yg sangat la.... mmmmmmm....rasanya pernah citer..ke takpernah????nnt la lepas raya aku citer pasal PATI baju putih kat umah aku tu...huhuhuhu..

hubby dah cuti dah hari ni sampaila minggu depan. plan nak balik pagi esok..tpi sebab dia dah cuti dan sekarng aku percaya dia tgh melentok atas katil....kekekeke...

suasana raya dah semakin terasa sekarang ni..tinggal beberapa hari jer lagi nak raya..aku akan balik raya kat kelantan macam tahun2 lepas jugak...yer ler dah 2-2 orag kelantan kan?harus lah balik kelantan..kekekekke..

anak2 pun dah tak sabar nak balik kampung. tambah2 yg kecik tak sabar2 nak tunjuk baju raya kat nenek dia.

"mama..tentu ma tok kata baju alia ni cantik kan?

" iyo la tu..."

aku sengih jer ler...dlm hati..agak2nya aku kecik2 dulu pun camni jugak kot?!!!=))

tahun ni aku awal2 lagi dah belikan utk mereka semua. cuma baju kurung utk kakak dan adik jer aku baru beli last 2 wk sebab tak da yg berkenan sebelum ni. Hubby pun ada belikan anak2 t-shirt ngan blouse masa gi o/station hari tu. aku pun dpat jugak...dapat apa?? baju sejuk..huhuhu bila masa la aku nak pakai baju tu...

semoga perjalanan kami balik kampung, selamat...insyaAllah

Monday, September 14, 2009

Berhari raya

tak lama lagi akan menyambut hari raya//lebih kurang 5 hari lagi, umat islam akan menyambut hari raya aidil fitri. aku balik kampung hari jumaat dlm kul 3 @ 4 am-tp biasanya kalau rasa camtu akan terlajak sampai ke pagi ler baru bertolak (mmg macm tu pun-kekekeke)

aku harap tak da lah jem sangat hari tu. tak sanggup weiii menghadapi jem yg teruk sekali. dah kena last 2 years..bertolak kul 1.00am sampai kul 12.00pm keesokkan hari. kalau hari biasa kul 8.00am sepatutnya sampai..huhuhu..letih ooo.

harap-harap tahun ni x terjadi lagi. tp kali ni aku nak spare camera nak tangkap gambar, mana la tau kot2 tahun ni aku terjerumus dlm kesesakan lagi...sapa tau..hanya Allah saja yg mengetahui...tp kalau terjerumus juga...redha jer ler...huhuhuhu..

kalau tak sempat nak update blog ni dlm minggu ni..aku ucapkan selamat hari raya aidil fitri...

Wednesday, September 9, 2009

Gembira dan Sedih

N3 aku kali ni pun bersangkut paut ngan kancil kuning ku…huhuhuhu...sedih oooo..

Gembira sebab aku dah dapat duit hasil jualan kancilku yang berusia 13 tahun dapatlah beli gelang baru..

Sedih sebab aku sayanggggg sangat sama kancilku. tapi perasaan ku lebih kepada kesedihan.

Kalau orang maknanya suka,duka, tawa dan ria semuanya aku kongsi bersama. Kalau time jalan jem ke, aku akan bercakap2 ngan kancilku..huhuuhu sekarang kancilku dah tak ada..


kancil.. hari ni jem ler…ko jgn buat perangai tau..jgn mati kat tengah2 jalan ni..kalau tak haru kita”

“kancil…hari ni jalan clear la, aku nak pandu laju ckit, ko tahan yer”

“kancil…hari ni aku terpaksa bawak ko gi Shah Alam, wira R…nak bwak jumpa customer, ko jgn marah aaa. tak pa sabtu dan ahad ko duduk diam2 bawah garaj tu. nnt aku mandikan ko

“kancil…bla..bla..bla..

“kancil…bla..bla..bla..

Mulai hari ni, kancil kuning ku tak ada..dah ada orang beli. Semalam kawan hubby datang bawak duit jer.menangis la jugak mata ni...kancil dah ambik pagi semalam. Maknanya aku tak sempat nak tengok utk. kali terakhir kancil ku. Nasib baik la malam semalam aku sempat lagi bawak kancilku round dlm taman, sebab dah lama tak bawak dia jalan2. itulah kali terakhir aku bawak kancil kuning ku.

Bagiku kancilku itu cukup bermakna. Aku bersama dia semenjak mengandung anak ke-3, sekarang anaku dah berumur 7 tahun maknanya aku pelihra kancilku selama lebih kurang 8 tahun. Kancil tu aku beli dari kawan ku.

Aku rasa itulah satu2 hasil titik peluh ku dan kini ianya hanya tinggal kenangan. Aku tak mo ambik gambar kancil ku sebab aku nak ianya padam terus dari ingatan ku dan kini penggantinya lebih besar dan padat.

Kancilku yang dah banyak berjasa padaku.

Selamat tinggal kancil…

Pstttt..kancil yg aku maksudkan kete aku la…

Monday, September 7, 2009

Sedih dan Kecewa

Entahla, hari minggu baru2 ni aku rasa sedih sangat dan terkilan. aku ada post ttg kereta baru. akhirnya hubby bertekad nak beli kete baru.ok aku ikut jer ler.tapi bukan la kete besar. dia suruh aku bawak kete tu gi keje,aku pada mulanya x nak bawak sebab aku sgt sayangkan kancil kuning ku..tp sebab dah bawk kete baru ni rasa best la plak(wakakakka..lupa daratan betul), akhirnya aku bawa kete baru gi keje.

sekarang kat umah ada 4 biji kereta termasuk kete adik aku. mana muat nak masuk semua dlm rumah, jd. terpaksala salah satu kete kena parking kat luar. kadang2 kancil dan kadang wira. kalau aku nak kete baru ni, terpaksa la kena alih2 kan kete yg parking kat luar tu dulu, kuar kete dan masuk balik kete tu kat dlm umah. tak ke leceh tu..last hubby kata kita jual jer ler kancil tu lagipun kancil tu dah lama. aku pada mulanya x setuju, tp bila memikirkan masalah alih mengalih ni aku setuju. nak dijadikan citer, kawan hubby (seorang mekanik) kata ada buyer. buyer tengok dan setuju nak beli..byr deposit rm500.

tp weekend baru2 ni. kawan hubby kata tak jadi beli plak sebab kancilku itu 4 gear saja. aku rasa cam terkilan dan sedih rasanya. ntahlah..

aku pun x paham apa perasaan nak digambarkan, sedih, terharu, kecewa, dan macam2 lagi.

bukan nya apa sebab aku dah plan nak guna duit tu nak beli gelang baru...kekekekekekekeke...